Ajaran wahyu satu, kerana ia datang daripada Tuhan yang satu
Aqidahnya satu, keyakinannya satu tidak berubah
dari seorang Rasul kepada seorang Rasul
Yang berubah dan ditokok tambah ajaran syariatnya
Tuhan sesuaikan dengan keadaan semasa, selaras dengan semakin ramai manusia
Semakin ke hujung ajaran syariatnya semakin sempurna, global, yang paling sempurna dan global yang sampai kepada Muhammad Rasulullah
Ajarannya indah, kalau difaham dan diamalkan selamat-menyelamatkan sesama manusia
Berlainan sekali ajaran falsafah
Ajarannya yang semata-mata bersandar kepada akal fikiran
Yana dibawa oleh ahli falsafah dari abad ke abad, ia tidak sambung-menyambung, tidak kena-mengena satu sama lain
Banyaknya ajaran mereka batal-membatalkan satu sama lain
Setengah ajaran mereka kalau diukur pandangan orang sekarang
ahli falsafah sudah jadi bodoh
Tidak kurang ajaran mereka yang karut-marut dan mengarut
Ada pandangan ahli falsafah itu akal pun tidak boleh terima, bahkan bodoh pula
Kerana ada di kalangan mereka itu berpendapat Tuhan itu adalah kemaluan manusia
Akal tidak boleh terima, agama tidak boleh terima bahkan keterlaluan, macam orang yang tidak siuman sahaja
Ajaran falsafah menerima hukum lojik
Tapi apabila fikiran manusia bertambah maju lojik yang dahulu
tidak lojik yang kemudian
Begitulah ahli falsafah dengan akalnya sungguh lemah
Di zamannya pandangannya dikagumi orang, di zaman kini diketawakan orang
Begitulah ajaran wahyu berbeza dengan ajaran falsafah
Ajaran wahyu benar tepat, ajaran falsafah khurafat dan sesat
oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi